Jumaat, 10 Jun 2011

Sakit.. bukan alasan untuk meninggalkan SOLAT!!

     SOLAT merupakan tiang agama dan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah s.w.t pada hari kiamat kelak. Firman Allah s.w.t :

Ertinya:  "Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, dan solat wusta), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk."   (Al-Baqarah: 238)

Tidak ada alasan bagi setiap orang Islam untuk meninggalkan solat fardu. Seperti yang sering kita dengar bahawa solat itu adalah tiang agama. Solatlah yang membezakan orang Islam dengan pengganut agama lain. Kita juga sering diberitahu tentang azab seksa yang akan menimpa orang yang meninggalkan solat... Berbagai-bagai kisah dan pengajaran yang kita dengar dan ketahui tentang utamanya ibadah solat ini....
   
     Sakit bukan alasan untuk meninggalkan solat. Jika tidak boleh berdiri, solat boleh dilakukan secara duduk, kalau tidak boleh juga dalam keadaan berbaring. walaupun dalam keadaan berperang sekalipun, kita tetap diwajibkan berSOLAT!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan