Jumaat, 22 Julai 2011

ADAB BELAJAR

ADAB UNTUK BELAJAR

v  Membaca doa penerang hati
v  Berwuduk dan menutup aurat
v  Mendengar dengan teliti dan sabar
v  Bersungguh-sungguh ketika belajar
v  Membantu kawan yang lemah dalam pelajaran
v  Menghormati guru


DOA PENERANG HATI




Maksudnya:  “wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kegagapan daripada lidahku, agar mereka mengerti perkataanku”

KEBAIKAN MENJAGA ADAB KETIKA BELAJAR


v  Banyak perkara yang kita dapat tahu
v  Mempunyai masa depan yang cerah
v  Dicontohi oleh masyarakat
v  Dapat mengajar kepada yang belum tahu
v  Mendapat pahala dan diberkati Allah
v   Menjadi manusia yang berguna

AKIBAT MENGABAIKAN ADAB KETIKA BELAJAR

v  Selalu rugi
v  Tidak mempunyai masa depan yang cerah
v  Dipinggirkan oleh masyarakat
v  Gagal di dalam peperiksaan
v  Tercicir di dalam pelajaran

ADAB DI SEKOLAH


ADAB KETIKA DI SEKOLAH

v  Mengucapkan selamat dan salam sejahtera semasa bertemu dengan kawan dan guru
v  Menghormati guru
v  Tidak membuang masa di sekolah
v  Menumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang mengajar

TUJUAN PERGI KE SEKOLAH

Ø  Mendapatkan ilmu
Ø  Mengeratkan hubungan silatul rahim
Ø  Pergaulan yang sihat


FAEDAH MENJAGA ADAB KE SEKOLAH

*      Mendapat pahala
*      Berdisiplin
*      Dihormati oleh guru dan rakan-rakan
*      Senang dan tenang untuk belajar
*      Mudah memahami apa yang diajar oleh guru
*      Menjadi pelajar cemerlang dan dicontohi

PERLAKUAN YANG TIDAK WAJAR DIAMALKAN KETIKA BELAJAR

v  Bermain-main ketika belajar
v  Tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran
v  Mengganggu kawan yang sedang belajar

AKIBAT BERPERLAKUAN TIDAK BAIK KETIKA BELAJAR

v  Hati menjadi resah
v  Tidak kemas dan kotor
v  Pergi ke sekolah dengan tergesa-gesa
v  Dikenakan tindakan disiplin
v  Kurang tumpuan dalam pembelajaran
v  Tidak disenangi oleh guru dan rakan 

ADAB BERADA DI MASJID DAN SURAU



ADAB DI MASJID DAN SURAU

Ø  Sayang dan memuliakan masjid
Ø  Bersedia ke masjid dengan berwudhu’ dan menjaga kebersihan
Ø  Masuk dengan langkah kaki kanan dan keluar dengan langkah kaki kiri
Ø  Disunatkan solat tahiyyatul masjid
Ø  Duduk dengan tertib serta niat I’tikaf
Ø  Membaca Al-Quran
Ø  Tidak bermain, bergurau, berlari-lari, membuat bising dan berjual beli di dalam atau kawasan masjid dan surau
Ø  Membaca doa masuk dan keluar masjid


DOA MASUK MASJID 



Maksudnya:  “Ya ALLAH! Ampunilah dosaku dan bukakan untukku pintu-pintu rahmatMU”

DOA KELUAR MASJID

Maksudnya:  “Dengan nama ALLAH serta selawat dan salam ke atas rasulullah s.a.w. Ya ALLAH, aku memohon kepadaMU limpah kurniaanMU, Ya ALLAH, peliharalah daku dari syaitan yang direjam”


KEBAIKAN MENJAGA ADAB DI MASJID


v  Masjid dan surau akan menjadi lebih indah dan sentiasa bersih
v  Menjadi muslim dan muslimah yang dihormati
v  Dicontohi masyarakat
v  Mendapat pahala
v  Dikasihi dan dimuliakan Allah kerana kita sentiasa menjaga rumahNya

AKIBAT TIDAK BERADAB DI MASJID DAN SURAU

v  Sentiasa dalam keadaan rugi
v  Dibenci Allah
v  Mendapat dosa
v  Masjid menjadi kotor

Selasa, 12 Julai 2011

ADAB BERGAUL DENGAN KELUARGA

ADAB BERSAMA KELUARGA

*     
Menghormati orang yang lebih tua


*     
Bergaul dengan sopan dan penuh kasih sayang


*     
Memulakan dengan memberi salam ketika masuk bilik dan berjabat tangan


*      Bertolak ansur dan menjaga perasaan ahli keluarga


*      Menjaga adab-adab berpakaian, percakapan dan pandangan
 

*     
Saling mempercayai dan tidak ada sifat syak wasangka kerana jika ada perasaan syak wasangka   akan memporak perandakan keluarga 


*     
Bermaaf-maafan apabila melakukan kesalahan



FAEDAH BERADAB KETIKA BERGAUL DENGAN KELUARGA

Ø  Menguatkan kasih sayang
Ø  Mudah menerima bantuan keluarga
Ø  Disegani dan dihormati
Ø  Sentiasa dihargai
Ø  Keluarga bahagia
Ø  Dihormati ALLAH S.W.T



AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA BERGAUL DENGAN KELUARGA
v  Hidup dalam kesusahan
v  Tersisih dari keluarga
v  Mendapat dosa
v  Hidup tidak berkat
v  Merenggangkan hubungan silatul rahim

Isnin, 4 Julai 2011

ADAB MASUK & KELUAR RUMAH

ADAB MASUK RUMAH

*      Berdoa dan mengucapkan salam
*      Membuka alas kaki sebelum masuk
*      Membasuh kaki supaya bersih
*      Masuk dengan langkah kaki kanan
*      Menghormati tetamu yang datang









ADAB KELUAR RUMAH
Ø  Pakaian menutup aurat
Ø  Membaca doa keluar rumah
Ø  Melangkah keluar dengan kaki kiri
Ø  Memakai selipar atau kasut
Ø  Mengunci pintu sebelum meninggalkan rumah








DOA MASUK KE DALAM RUMAH



DOA SEBELUM KELUAR RUMAH


FAEDAH BERADAB KETIKA MASUK DAN KELUAR RUMAH
1-      Mendapat pahala
2-      Keselamatan dan kebersihan rumah terjaga
3-      Mengikut sunnah nabi
4-      Terselamat daripada sebarang gangguan

AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA MASUK DAN KELUAR RUMAH
keselamatan dan kebersihan rumah tidak terjaga
- rumah yang tidak ada peraturan akan menyebabkan keadaannya menjadi kotor 
- tidak ada keberkatan kerana tidak mengamalkan sunnah nabi
- tidak mendapat pahala


ADAB BERKENDERAAN

ADAB MENAIKI KENDERAAN
Ø  Mulakan dengan membaca bismillahirahmanirahim
Ø  Membaca doa menaiki kenderaan iaitu:

  MAKSUDNYA: MAHA SUCI ALLAH YANG MEMUDAHKAN KENDERAAN INI BAGI KAMI DAN TIADALAH KAMI BERKUASA MEMPERGUNAKANNYA JIKA TIDAK KERANA KURNIAANMU. SESUNGGUHNYA KAMI AKAN KEMBALI KEPADA TUHAN KAMI.

Ø  Mulakan dengan melangkah kaki kanan untuk menaiki kenderaan
Ø 
Beratur dan tidak berebut ketika ramai penumpang


PERATURAN DI JALAN RAYA
*      Berhati-hati dan berwaspada semasa kenderaan bergerak
*      Sentiasa mengikut peraturan dan penanda isyarat jalan raya
*      Duduk dengan sopan dalam kenderaan
*      Tidak membuat bising ketika di dalam kenderaan
*      Tidak mengganggu ketenteraman penumpang lain
*      Tidak menconteng atau merosakkan harta benda ketika menaiki kenderaan awam
*      Beri keutamaan kepada orang yang lebih memerlukan

TUJUAN BERADAB KETIKA BERKENDERAAN

v  memudahkan perjalanan
v  menjadi muslim atau muslimah yang bertimbang rasa
v  dicontohi masyarakat
v  jalan raya adalah hak bersama
v  mengelakkan kemalangan dan menghormati pengguna lain

AKIBAT TIDAK MEMATUHI ADAB MENAIKI KENDERAAN

1.       Menyusahkan banyak pihak
2.       Tidak disukai oleh orang lain
3.       Boleh mendapat kemalangan  atau kecederaan
4.       Boleh menyebabkan permusuhan

HIKMAH MEMATUHI ADAB MENAIKI KENDERAAN

1-     
Dijauhi bencana oleh ALLAH S.W.T
2-      Supaya selamat sampai ke destinasi

ADAB BERPAKAIAN..

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.


ADAB BERPAKAIAN

1-     
Memakai pakaian yang bersih


2-     
Berdoa ketika hendak berpakaian


3-     
Memulakan dari anggota kanan


4-     
Membaca “bismillah” sebelum berpakaian


5-     
Menanggalkan dari sebelah kiri


6-      Menjaga kebersihan pakaian



DOA BERPAKAIAN

بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا هُوَ لَهُ ، وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ وَشَرِّ مَا هُوَ لَهُ


MAKSUDNYA : YA ALLAH!! AKU MEMOHON KEBAIKAN PAKAIAN INI DAN KEBAIKAN YANG DIJADIKAN UNTUKNYA, DAN AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN PAKAIAN INI DAN KEJAHATAN YANG DIPERBUATKAN UNTUKNYA

HUKUM BERPAKAIAN

1-     
Hukum berpakaian menutup aurat adalah wajib


2-      Menutup aurat mengikut hukum syarak ialah :-

BAGI LELAKI      
Dari pusat hingga ke lutut   









BAGI PEREMPUAN
seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan











CIRI-CIRI PAKAIAN MENGIKUT HUKUM ISLAM
*     
Sederhana
*     
Bersih dan kemas
*     
Mestilah menutup aurat
*      Warna yang sesuai dan selesa

JENIS PAKAIAN YANG DIGALAKKAN DALAM ISLAM

Ø  DI RUMAH
-          Pakaian yang tidak menjolok mata dan sesuai dengan keselesaan di rumah

Ø  DI SEKOLAH
-          Uniform sekolah, tidak mendedahkan aurat dan mestilah mengikut peraturan berpakaian di sekolah

Ø  DI MASJID
-          Pakaian yang bersih dan sesuai untuk solat
-          Seeloknya memakai bau-bauan

Ø  UNTUK BERSUKAN
-          Pakaian yang sesuai untuk bersukan dan tidak ketat dan jarang

Ø  DI MAJLIS ATAU TEMPAT AWAM
-          Berpakaian sopan dan tidak menunjuk-nunjuk

TUJUAN MENJAGA ADAB BERPAKAIAN


1-      Dapat mendisiplinkan diri
2-      Menjaga maruah
3-      Terhindar daripada berlaku maksiat
4-      Mendapat pahala dan rahmat ALLAH S.W.T


HIKMAH BERADAB KETIKA BERPAKAIAN

*      Kelihatan bersih dan kemas
*      Kelihatan sopan dan dihormati masyarakat
*      Disukai ALLAH S.W.T
*      Melambangkan keperibadian seseorang
*      Menjadi muslim atau muslimah yang di contohi


ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim!!